Sebagai ibu kita tentu merasa kecewa jika anak tersayang enggan makan makanan yang dihidangkan. Memang mencabar sekiranya kita mempunyai anak yang cerewet dan memilih makanan.
Memarahi atau keterlaluan memaksa membuatkan anak terus menolak makanan tersebut. Ibu perlu bertenang, bersabar dan menjadi lebih kreatif untuk meng'umpan' anak untuk memakan makanan yang dihidangkan. Bagi ibu-ibu yang give up, putus asa semasa malayan anak yang menolak makanan, anda boleh cuba tips dibawah :
- Pelbagaikan menu makanan setiap kali masa makan. Bersabar semasa melayan kerenah anak sebelum dia bersedia untuk mencubanya.
- Hidangkan dalam saiz yang kecil. Mereka hanya makan separuh daripada saiz orang dewasa. Contohnya, setengah cawan mee goreng / nasi goreng.
- Jangan beri mereka terlalu banyak pilihan dalam pemilihan makanan. Contohnya " adik nak makan apa hari ini?"
- Libatkan anak anda dalam proses penyediaan makanan seperti membeli belah dan penyediaan makanan. Cara ini boleh meningkatkan rasa lebih teruja untuk mencuba makanan tersebut.
- Sentiasa mencari cara bagaimana untuk memastikan anak anda mendapat makanan yang berkhasiat dan dia seronok memakannya. Misalnya, letakkan sedikit tuna atau kepingan daging di atas roti bakar keju dan daging atau tofu dalam sos spagetinya.
Semoga bermanfaat !!!!
---------------Share with love--------------
Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310
Email: fara9310@yahoo.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam
No comments :
Post a Comment