Kawasan dapur dan ruang makan antara tempat paling diminati oleh kanak-kanak. Pelbagai objek dengan pelbagai bentuk dikawasan dapur begitu menarik perhatian mereka. Mommies terpaksa lebih alert setiap pergerakan anak-anak untuk memastikan keselamatan dan at the same time tidak menghalang dunia permainan dan penerokaan kanak-kanak.
Tips dan panduan memastikan keselamatan semasa berada di dapur dan ruang makan:
1) Simpan semua sabun pembersih / bahan peluntur di tempat yang disediakan dan yang susah untuk dicapai oleh kanak -kanak.
2) Memastikan lantai sentiasa kering dan tiada terdapat tumpahan cecair atau tumpahan minyak.
3) Memastikan / melatih anak anda agar tidak menyentuh pintu ketuhar ketika ia masih panas.
4) Menyimpan perkakas dapur yang tajam seperti pisau dan garfu di dalam laci yang disediakan dan dipasang penghadang untuk mengelak anak anda membukanya.
5) Memasang suatu penghadang di sekeliling hob dapur.
7) Memastikan handle kuali sentiasa berada disebelah belakang selepas anda memasak agar tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.
6) Elakkan menggunakan alas meja dikhuatiri anak anda akan menarik kain dan menumpahkan bahan panas ke atas dirinya.
7) Menggunakan wayar lentuh bergulung untuk peralatan elektrik anda atau pastikan wayar lentur adalah pendek.
8) Menyediakan alat pemadam api gas atau serbuk kering untuk sebarang kecemasan.
9) Menyediakan First Aid kit untuk sebarang kemungkinan berlaku kemalangan.
Semoga bermanfaat :)
--------------------Share with love ----------------
Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310
Email: fara9310@yahoo.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam
No comments :
Post a Comment