Ada diantara ibu-ibu merasa malu untuk menyusukan bayi mereka dikhalayak ramai, selalunya ibu-ibu akan kalut dan mencari lokasi yang tertutup, sesuai dan selamat saat bayi mereka hendak menyusu. Akibatnya ibu akan merasa tak selesa dan malu apabila terpaksa menyusukan bayi mereka dkhalayak ramai.
Bagi ibu baru yang masih kekok, tips ini boleh membantu anda terus menyusukan susu ibu di mana-mana saja dan bila-bila masa.
1. Yakin diri
Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak. Fikirkan bahawa anda mahu memberikan yang terbaik kepada bayi.
2. Fokus
Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu. Fokus kepada apa yang anda lakukan dan fikirkan susu ibu ada lah yang terbaik!!!
3. Lokasi
Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.
4. Pakaian khusus
Sarungkan pakaian penyusuan @ nursing cover semasa proses penyusuan.
5. Bantuan
Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketiga boleh menjadi 'dinding' sementara saat penyusuan berjalan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu sekiranya tempat tersebut tidak menyediakan kemudahan bilik menyusu untuk ibu dan anak.
Kebanyakan ibu menyusu sudah semakin berkeyakinan dan bangga untuk menyusukan anak dengan susu ibu walaupun berada di tempat awam. Apa pun ibu masih tetap menjaga maruah diri tanpa perlu menunjukkan apa yang tidak sepatutnya kepada khalayak walaupun sedang menyusukan bayi.
semoga bermanfaat!!!!
--------------------Share with love ----------------
Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310
Email: fara9310@yahoo.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam
Simple tp bmnfaat utk ibu2 :)
ReplyDelete