Tuesday, 23 June 2015

TIPS RANSANG BAYI BERCAKAP





Sesetengah mommies diluar sana ada merungut bayi mereka lambat bertutur dan bercakap. Cara berkomunikasi bagi bayi adalah menangis dan merengek. Pengalaman mendengar si manja anda belajar bercakap adalah pengalaman yang sangat mengujakan. 
Mommies boleh guna tips ini meransang bayi anda untuk cepat bertutur adalah :
1) Bersosial dengan rakan bayi sebaya.
Membiarkan bayi anda dengan teman sebaya meransang bayi anda untuk berinteraksi sosial dengan bayi yang lain. Ia sebagai cara pertama si kecil memulakan kemahiran interaksi sosialnya.
2)Meransang dengan cara rajin berbual.
Rajin meransang bayi anda dengan bercakap. Bayi tidak tidak faham apa yang anda cakapkan tetapi bayi menyimpan dalam kotak memori apa yang diucapkan kepadanya.
 3) Memperkenalkan bayi anda dengan benda/ objek baru
Ia meransang mereka mengembangkan daya ingatan dengan mengingatkan nama semua objek tersebut.
 4) Bercerita sebelum tidur
Bercerita atau membacakan buku cerita kepada bayi anda sebelum tidur juga membantu mengembangkan kemampuan komunikasi mereka. Mungkin pada peringkat awal mereka hanya mendengar sahaja tanpa sebarang reaksi tetapi usaha berterusan yang dilakukan pasti memberikan kesan positif yang di luar jangkaan.
5) Mengulang perkataan
Meminta bayi mengulang kembali perkataan yang anda sebutkan juga membantu mempercepatkan proses pertuturan mereka. Apa sahaja perkataan asas yang diucapkan setiap masa pasti akan diingati oleh bayi dan mereka boleh menuturkan kembali.

Semoga bermanfaat :) 


--------------------Share with love ----------------



        Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

  Email: fara9310@yahoo.com

OR

   Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam

TIPS MENGELAK KEMALANGAN SEMASA DI DAPUR





Kawasan dapur dan ruang makan antara tempat paling diminati oleh kanak-kanak. Pelbagai objek dengan pelbagai bentuk dikawasan dapur begitu menarik perhatian mereka. Mommies terpaksa lebih alert setiap pergerakan anak-anak untuk memastikan keselamatan dan at the same time tidak menghalang dunia permainan dan penerokaan kanak-kanak.

Tips dan panduan memastikan keselamatan semasa berada di dapur dan ruang makan:

1) Simpan semua sabun pembersih / bahan peluntur di tempat yang disediakan dan yang susah untuk dicapai oleh kanak -kanak.

2) Memastikan lantai sentiasa kering dan tiada terdapat tumpahan cecair atau tumpahan minyak.

3) Memastikan / melatih anak anda agar tidak menyentuh pintu ketuhar ketika ia masih panas.

4) Menyimpan perkakas dapur yang tajam seperti pisau dan garfu di dalam laci yang disediakan dan dipasang penghadang untuk mengelak anak anda membukanya.

5) Memasang suatu penghadang di sekeliling hob dapur.

7) Memastikan handle kuali sentiasa berada disebelah belakang selepas anda memasak agar tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.

6) Elakkan menggunakan alas meja dikhuatiri anak anda akan menarik kain dan menumpahkan bahan panas ke atas dirinya.

7) Menggunakan wayar lentuh bergulung untuk peralatan elektrik anda atau pastikan wayar lentur adalah pendek.

8) Menyediakan alat pemadam api gas atau serbuk kering untuk sebarang kecemasan.

9) Menyediakan First Aid kit untuk sebarang kemungkinan berlaku kemalangan. 


Semoga bermanfaat :) 



--------------------Share with love ----------------



        Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

  Email: fara9310@yahoo.com

OR

   Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam

Monday, 15 June 2015

KHASIAT BUAH KIWI UNTUK IBU HAMIL



Vitamin C, asid folik dan kalsium adalah 3 nutrient penting untuk tumbesaran bayi semasa tempoh kehamilan. Cara paling mudah untuk mendapatkan nutrien yang cukup daripada pemakanan adalah mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Buah kiwi adalah sumber nutrien yang baik malah merupakan cara paling sihat untuk meningkatkan jumlah kalori harian.Rasa masam manis boleh mengurangkan rasa mual malah turut mengandungi nutrien lengkap bagi bakal ibu.
Antara khasiat yang terkandung dalam buah berwarna hijau atau kuning keemasan yang bersaiz kecil ini adalah seperti berikut: 
# Mengekalkan Imuniti Badan.
Buah kiwi adalah sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia membantu pergerakan plasma dan menyimpan vitamin C di dalam sel badan. Vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Ia juga meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria.

# Tinggi asid folik
Kiwi mengandungi asid folik yang tinggi. Asid folik memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.

#Membantu mengurangkan sembelit
Sembelit akibat perubahan hormon kerap berlaku dalam kalangan ibu hamil. Serat yang tinggi di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin. Selain mengurangkan masalah sembelit, serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon dan membantu mengelakkan kanser usus.
# Membantu mendapatkan tidur yang nyenyak
Kebanyakan wanita hamil tidur lebih banyak berbanding biasa semasa trimester pertama. Namun, masalah tidur akan bermula selepas trimester pertama dan biasanya berpanjangan sehingga lepas bersalin. Memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.
# Merendahkan tekanan darah
Peningkatan kecil dalam tekanan darah ketika hamil adalah petanda kehamilan biasa, termasuklah rasa mual dan sembelit. Tetapi sekiranya tekanan darah naik mendadak, ia membahayakan ibu dan bayi. Buah kiwi mengandungi potassium tinggi yang berfungsi melawan efek garam bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.

so, preggy mommies kat luar sana, boleh mendapatkan 'pure' sumber nutrient daripada buah kiwi.

Semoga bermanfaat :) 



--------------------Share with love ----------------





        Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

  Email: fara9310@yahoo.com

OR

   Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam


Friday, 12 June 2015

SNEK SIHAT UNTUK IBU HAMIL














Ibu mengandung memang gemar mengunyah. Tetapi pastikan makanan yang dikunyah termasuk dalam kategori makanan yang sihat. Ada pelbagai jenis snek sihat yang boleh dikunyah sepanjang mengandung. Elakkan mengambil snek tidak berkhasiat yang banyak kandungan bahan perisa.
Berikut beberapa idea snek sihat dan lazat mengikut trimester kehamilan.

1st Trimester 
Semasa trimester pertama, mungkin ada ibu yang langsung tidak lalu makan kerana masalah mabuk hamil. Jika ini berlaku, snek boleh membantu iaitu makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Ketika ini ibu hamil memerlukan lebih kalori dan folat.
Antara makanan yang disarankan untuk 1st trimester adalah :
1) Salad Bayam


2) Asparagus kukus


3) Buah oren


4) Roti berserat tinggi.




Ibu hamil juga disarankan supaya mengambil Vitamin A untuk perkembangan organ, sistem pernafasan dan sistem saraf bayi. Contoh makanan yang yang mengandungi Vitamin A adalah :
1) Telur



2)keju


3) Campuran potongan mangga, pic, betik kedalam bijirin anda @ membuat smoothies.
4) Sup lobak, labu air dan keledek.
Trimester kedua
Tempoh ini ibu akan memerlukan kalsium cukup kerana gigi dan tulang bayi mula terbentuk. Kalsium dapat mengurangkan risiko mengalami tekanan darah tinggi. Produk tenusu membekalkan banyak kalsium yang mudah diserap oleh badan. Yogurt adalah snek yang mudah.
Sekiranya tidak boleh mengambil produk tenusu, boleh beralih pada :
1) Produk berasaskan soya yang diperkaya dengan kalsium. 
2) Buah tin kering dan badam.


3) Sardin dengan roti bakar.Sardin membekalkan kalsium, zat besi dan asid lemak omega 3. Asid lemak ini penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.


Ibu -ibu juga memerlukan sumber mineral untuk tulang seperti magnesium. Makanlah snek yang kaya dengan magnesium seperti :
1) segelas susu
2) sebiji kentang bakar 
3)segenggam biji-bijian.

Trimester ketiga
Memasuki trimester akhir kehamilan bermakna ibu memerlukan lebih banyak tenaga, vitamin C dan thiamin (vitamin B1). Tenaga tambahan yang diperlukan hanyalah 200 kalori sahaja. Sekeping roti bakar bijirin penuh dengan ekstrak yis dan sebiji tomato atau semangkuk sup cendawan dan buah oren mandarin sangat berkhasiat.
Vitamin C penting untuk memastikan plasenta berkembang dan berfungsi dengan baik. Ia juga membantu lapisan dinding perut menyerap zat besi daripada makanan.Buah yang sangat kaya dengan Vitamin C seperti :

1) Buah strawberi
2)kiwi kaya dengan vitamin C.

sangat sesuai untuk dibuat smoothies.
Vitamin C dalam sayur-sayuran boleh terhapus sekiranya dimasak terlalu lama. Brokoli dan bunga kubis atau lada benggala hanya perlu distim seketika dan enak dimakan dengan sos salad.
Sementara itu tingkatkan pengambilan vitamin B dengan mengambil bijirin sarapan pagi yang diperkaya dengan serat tetapi pilih yang rendah kandungan gula.

Keperluan thiamin meningkat dalam trimester terakhir untuk membantu ibu mengeluarkan tenaga daripada makanan. Sumber makanan yang mengandungi Thiamin:

1) Kekacang
2) Beras Perang
3) Sayuran Hijau
  
Sediakan snek mudah diperbuat daripada sekeping roti bijian bakar dengan kacang panggang yang dapat membekalkan khasiat yang diperlukan.

So, mommies dah dapat idea dah kan snek apa yang sesuai semasa tempoh kehamilan anda :)

Semoga bermanfaat!!!!



--------------------Share with love ----------------





        Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

  Email: fara9310@yahoo.com

OR

   Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam


Tuesday, 9 June 2015

KENAPA DHA PENTING UNTUK kANAK-KANAK?


























Assalamualaikum,

Mesti mommies tertanya-tanya mengapa dalam kebanyakan produk makanan untuk kanak-kanak sering menekankan kepentingan DHA untuk perkembangan minda yang cerdas? Apa pula yang dimaksudkan dengan DHA? Apa pula kepentingan DHA dalam proses pembesaran kanak-kanak? 
DHA (asid dokosaheksaenoik) sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh ianya sangat diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, folic acid dam zinc.
DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

Kepentingan DHA kepada kanak-kanak : 
1) Meningkatkan daya fokus
2) membantu untuk perkembangan otak yang baik
3) Menajamkan penglihatan
4) Meningkatkan sistem imun
5) Mencegah ekzema

Jumlah DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak mengikut usia:
1) 1 hingga 2 tahun – 100 hingga 120 miligram DHA setiap hari.
2) 2 hingga 4 tahun – 100 hingga 150 miligram DHA setiap hari.
3) 4 hingga 6 tahun – 150 hingga 200 miligram DHA setiap hari.

Makanan yang kaya DHA:

1) Ikan laut seperti :

Ikan bilis


Ikan Tuna



















Salmon
























2) SAYURAN SEPERTI:


Brokoli

















3) SUMBER KEKACANG:


Kekacang











Melihat kepada senarai makanan yang banyak mengandungi DHA, rasanya senang untuk mendapatkannya dan kandungan DHA dapat diperolehi secara semulajadi dan terus daripada sumber makanan.

Semoga mommies dapat sedikit info mengapa DHA sangat penting dalam tumbesaran dan perkembangan anak-anak. 

Semoga bermanfaat!!!!



--------------------Share with love ----------------





        Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

  Email: fara9310@yahoo.com

OR

   Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam

RAWAT ASTHMA DAN ECZEMA PADA KANAK-KANAK TANPA UBAT / STEROID




Hari ini masuk dah 4 bulan anak kedua (Imran Hafidzi) tak diserang asthma.
Teringat semasa saya mengandungkan Imran, saya memang selalu semput.Tak pasti pula kalau semput saya menjangkit kat anak.
Nak dijadikan cerita, anak saya mempunya mild eczema. Masa tu saya tak tau sangat pasal eczema  ni, macam-macam dah saya lakukan dan berikan. Tapi masih juga tak berubah. Kanak-kanak yang mempunya eczema besar kemungkinan akan menghidapi asthma juga dalam masa yang sama.



Imran Hafidzi -terkini

Kalau cuaca dah tak menentu, atau mgkin Imran tersalah makan. Imran akan mula batuk2 selama beberapa hari. Hati akan merasa risau melihat dada anak anak turun naik dan bernafas tercungap-cungap.

Kami bawa ke hospital / klinik untuk bg neb kat  Imran. Boleh dikatakan setiap minggu. Bayangkan lah..sakit hati pada masa tu, melihat anak selalu sakit.

sebelum ini Saya dan suami telah mencuba macam-macam ikhtiar untuk mengubati asthma dan eczema Imran. Perubatan moden,islam, hemopathy dan mencuba macam-macam supplement.
Kalau pada masa tu cuaca tak menentu atau Imran batuk,(infected by other budak kat Taska) minggu tu dia akan start asthma dan saya selalu ambil Emergency leave untuk menjaga Imran kat rumah. Tetapi demi anak saya korbankan cuti tersebut.

Sehinggalah saya cuba produk Shaklee ni..sebab kat pasaran lain saya rasa agak susah nak jumpa supplement utk anak yang ada masalah macam Imran ni..

Yes!!!banyak pilihan vitamin kat luar sana, tetapi disebabkan Imran masih berpantang / allergic kepada bahan perwarna dan terdapat bahan pengawet, so, saya decided nak pilih mealshake dan omega.

Saya dapati Shaklee Mealshake bentuk serbuk, no colours, no preservatives,bancuh dalam susu dia sahaja..So, saya cuba, surprisingly he liked it..but after 3 hari makan bersama Omega ( saya campurkan dengan susu juga) , dada Imran turun naik dengan cepat (simptom nak asthma lagi) risau saya, tapi teruskan jugak bagi mealshake dan Omega tu ..AlhamduLILLAH, lepas seminggu dia active, kuat makan, main macam biasa..saya terkejut..!  Asthma dah hilang, dan luka-luka kesan daripada luka eczema semakin pulih. Syukur Alhamdulillah. Saya betul tak percaya.

Set yang saya bagi kepada Imran ( Asthma dan Eczema)




camne Imran harini? Sangat aktif, makan banyak dan kuat nenen. :)

Kalau dulu cara nak detect Imran nak naik asthma attack is flu and batuk. sekarang ni tidak lagi..kena flu dan batuk masih steady je.

Actually walaupun Imran dan adiknya masuk taska, saya dah tak takut mereka diserang flu dan batuk. Sebab setiap hari saya akan bekalkan sebiji Chew C setiap seorang. saya confident dengan produk2 Shaklee dan menambahkan supplemen  seperti :

1)Chew C :untuk fights flu and colds 
2) Omega utk mengurangkan iritasi bila dia batuk asthma tu.
3) Mealshake : Sembuhkan alergi kulit pada kanak-kanak dan menambah imun system badan.
4) Nutriferon : Aktifkan Interferon dalam tubuh dan Immune booster.



Senarai Vitamin Kandungan Tempoh makan Harga
Mealshake 544grm 2-3 bulan RM 121.00
Omega 90 capsules 3-4 bulan RM 145.00
Chew C 90 tablet 2-3 bulan RM 40.00
Nutriferon RM 153

Semua vitamin ini berharga RM 459. Tetapi nak bagitau yaaaa, sekiranya anda bersetuju nak menjadi ahli anda akan:


1) mendapat FREE Vitalea berharga RM 95 
2) Mendapat lagi diskaun sehingga 25% (kerana bersetuju menjadi ahli)
3) Mendapat bonus pada bulan hadapan!!!!!

Untuk mommies yang mengalami masalah sama juga,boleh mempertimbangkan untuk mencuba set ini sebagai ikhtiar. Watsapp saya 0198209310 untuk info lanjut dan saya akan suggest items mana yang bersesuaian dengan budget mommies :)

semoga bermanfaat



--------------------Share with love ----------------





        Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

  Email: fara9310@yahoo.com

OR

   Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam