- Rajin berbual dengan bayi
Rajin berbual dengan bayi, akan membantu bayi membina kemahiran pertuturan dengan lebih pantas. Memori bayi seperti sebuah span. Menyerap apa sahaja dengan pantas dalam enam tahun pertama kehidupannya.
- Membaca buku
Menjadikan membaca buku rutin dan dimulakan sejak bayi lagi. Walaupun bayi tidak faham tetapi bayi akan menunjukkan tindak balas teruja apabila melihat buku dan mendengar anda membacakannya buku. Buku yang penuh dengan warna warni dan pelbagai lukisan membantu merangsang kemahiran koordinasi mata dan telinganya.
- Melihat alam sekitar
Sesekali bawa bayi anda keluar bersiar-siar dan kenalkan kepada alam sekitar. Dengan memberitahunya tentang pokok, bunga, haiwan, awan, bulan, matahari dan sebagainya, bayi anda akan mempelajari perkara baru.
- Bermain warna
Bayi teruja melihat objek berwarna, cukup dengan pelbagai objek di sekeliling anda. Sesekali tidak salah membiarkan si kecil berseronok bermain dengan pensil warna.
- Ajar mengira
Mulakan untuk mengajar mengira sejak mereka kecil lagi. Cara paling mudah, sambil anda mendukung bayi, ajarnya mengira 1 hingga 10 setiap kali anda bergurau senda, menciumnya atau sambil berjalan naik tangga. Secara tak langsung anda telah memupuk semangat sukakan nombor sejak dia kecil lagi.
semoga bermanfaat!!!!
semoga bermanfaat!!!!
--------------------Share with love ----------------
Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310
Email: fara9310@yahoo.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam
No comments :
Post a Comment