Wednesday, 3 June 2015

TIPS MUDAH TIDURKAN BAYI WAKTU SIANG






















Pernah tak alami bayi anda meragam dan asyik menangis kerana mengantuk tetapi enggan tidur?Mungkin cara ini dapat membantu anda :

1.Tidurkan bayi di tempat yang sama
Biasakan mereka tidur di tempat yang sama mereka tidur pada waktu malam. Secara tidak langsung ia membantu bayi memahami bahawa sudah tiba waktu tidurnya. 
Jika bayi anda dihantar ke pusat penjagaan atau ke rumah pengasuh, pastikan dia tidur di tempat yang sama apabila dia berada di rumah

2.Tetapkan rutin
Rutin yang sama boleh membantu bayi mengetahui apa yang dijangka. Secara tidak langsung anda telah membiasakan bayi tentang rutinnya untuk tidur, mandi, bermain dan sebagainya. Dengan cara ini mudah untuk anda menidurkannya.

3.Tidurkan bayi apabila dia letih
Seeloknya jangan tunggu bayi menangis dengan kuat sebagai tanda dia sudah semakin mengantuk. Tidurkan bayi apabila dia mula menunjukkan tanda -tanda sudah mengantuk contohnya menggosok-gosok mata dan merengek.

4.Masa bertenang
Masa senyap dan tenang diperlukan oleh bayi untuk tidur tidak kira sama ada tidur malam ataupun tidur siang. Baca buku, menyanyi atau berzikir untuk menandakan waktu tidur sudah tiba boleh dilakukan sebagai petunjuk kepada bayi anda.

5. Ajar bayi tidur sendiri
Seawal usia tiga bulan, anda boleh mengajar bayi bagaimana menenangkan dirinya sendiri untuk tidur. Ia boleh jadi dengan menghisap jari, memeluk selimut atau mainan kegemarannya atau sekadar menutup mata dan tidur apabila dia rasa letih.

Sememangnya mendisiplinkan bayi tabiat tidur yang baik memerlukan kesabaran dan masa yang panjang. Tetapi jika dapat dilakukan secara istiqomah dan secara konsistent semasa usia bayi, bayi anda akan mendapat pola tidur yang berkualiti pada masa akan datang.

semoga bermanfaat!!!!!

--------------------Share with love ----------------



        Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

  Email: fara9310@yahoo.com

OR

   Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam





No comments :

Post a Comment