Tuesday, 23 June 2015

TIPS RANSANG BAYI BERCAKAP





Sesetengah mommies diluar sana ada merungut bayi mereka lambat bertutur dan bercakap. Cara berkomunikasi bagi bayi adalah menangis dan merengek. Pengalaman mendengar si manja anda belajar bercakap adalah pengalaman yang sangat mengujakan. 
Mommies boleh guna tips ini meransang bayi anda untuk cepat bertutur adalah :
1) Bersosial dengan rakan bayi sebaya.
Membiarkan bayi anda dengan teman sebaya meransang bayi anda untuk berinteraksi sosial dengan bayi yang lain. Ia sebagai cara pertama si kecil memulakan kemahiran interaksi sosialnya.
2)Meransang dengan cara rajin berbual.
Rajin meransang bayi anda dengan bercakap. Bayi tidak tidak faham apa yang anda cakapkan tetapi bayi menyimpan dalam kotak memori apa yang diucapkan kepadanya.
 3) Memperkenalkan bayi anda dengan benda/ objek baru
Ia meransang mereka mengembangkan daya ingatan dengan mengingatkan nama semua objek tersebut.
 4) Bercerita sebelum tidur
Bercerita atau membacakan buku cerita kepada bayi anda sebelum tidur juga membantu mengembangkan kemampuan komunikasi mereka. Mungkin pada peringkat awal mereka hanya mendengar sahaja tanpa sebarang reaksi tetapi usaha berterusan yang dilakukan pasti memberikan kesan positif yang di luar jangkaan.
5) Mengulang perkataan
Meminta bayi mengulang kembali perkataan yang anda sebutkan juga membantu mempercepatkan proses pertuturan mereka. Apa sahaja perkataan asas yang diucapkan setiap masa pasti akan diingati oleh bayi dan mereka boleh menuturkan kembali.

Semoga bermanfaat :) 


--------------------Share with love ----------------



        Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

  Email: fara9310@yahoo.com

OR

   Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam

No comments :

Post a Comment