Friday, 12 June 2015

SNEK SIHAT UNTUK IBU HAMIL














Ibu mengandung memang gemar mengunyah. Tetapi pastikan makanan yang dikunyah termasuk dalam kategori makanan yang sihat. Ada pelbagai jenis snek sihat yang boleh dikunyah sepanjang mengandung. Elakkan mengambil snek tidak berkhasiat yang banyak kandungan bahan perisa.
Berikut beberapa idea snek sihat dan lazat mengikut trimester kehamilan.

1st Trimester 
Semasa trimester pertama, mungkin ada ibu yang langsung tidak lalu makan kerana masalah mabuk hamil. Jika ini berlaku, snek boleh membantu iaitu makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Ketika ini ibu hamil memerlukan lebih kalori dan folat.
Antara makanan yang disarankan untuk 1st trimester adalah :
1) Salad Bayam


2) Asparagus kukus


3) Buah oren


4) Roti berserat tinggi.




Ibu hamil juga disarankan supaya mengambil Vitamin A untuk perkembangan organ, sistem pernafasan dan sistem saraf bayi. Contoh makanan yang yang mengandungi Vitamin A adalah :
1) Telur



2)keju


3) Campuran potongan mangga, pic, betik kedalam bijirin anda @ membuat smoothies.
4) Sup lobak, labu air dan keledek.
Trimester kedua
Tempoh ini ibu akan memerlukan kalsium cukup kerana gigi dan tulang bayi mula terbentuk. Kalsium dapat mengurangkan risiko mengalami tekanan darah tinggi. Produk tenusu membekalkan banyak kalsium yang mudah diserap oleh badan. Yogurt adalah snek yang mudah.
Sekiranya tidak boleh mengambil produk tenusu, boleh beralih pada :
1) Produk berasaskan soya yang diperkaya dengan kalsium. 
2) Buah tin kering dan badam.


3) Sardin dengan roti bakar.Sardin membekalkan kalsium, zat besi dan asid lemak omega 3. Asid lemak ini penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.


Ibu -ibu juga memerlukan sumber mineral untuk tulang seperti magnesium. Makanlah snek yang kaya dengan magnesium seperti :
1) segelas susu
2) sebiji kentang bakar 
3)segenggam biji-bijian.

Trimester ketiga
Memasuki trimester akhir kehamilan bermakna ibu memerlukan lebih banyak tenaga, vitamin C dan thiamin (vitamin B1). Tenaga tambahan yang diperlukan hanyalah 200 kalori sahaja. Sekeping roti bakar bijirin penuh dengan ekstrak yis dan sebiji tomato atau semangkuk sup cendawan dan buah oren mandarin sangat berkhasiat.
Vitamin C penting untuk memastikan plasenta berkembang dan berfungsi dengan baik. Ia juga membantu lapisan dinding perut menyerap zat besi daripada makanan.Buah yang sangat kaya dengan Vitamin C seperti :

1) Buah strawberi
2)kiwi kaya dengan vitamin C.

sangat sesuai untuk dibuat smoothies.
Vitamin C dalam sayur-sayuran boleh terhapus sekiranya dimasak terlalu lama. Brokoli dan bunga kubis atau lada benggala hanya perlu distim seketika dan enak dimakan dengan sos salad.
Sementara itu tingkatkan pengambilan vitamin B dengan mengambil bijirin sarapan pagi yang diperkaya dengan serat tetapi pilih yang rendah kandungan gula.

Keperluan thiamin meningkat dalam trimester terakhir untuk membantu ibu mengeluarkan tenaga daripada makanan. Sumber makanan yang mengandungi Thiamin:

1) Kekacang
2) Beras Perang
3) Sayuran Hijau
  
Sediakan snek mudah diperbuat daripada sekeping roti bijian bakar dengan kacang panggang yang dapat membekalkan khasiat yang diperlukan.

So, mommies dah dapat idea dah kan snek apa yang sesuai semasa tempoh kehamilan anda :)

Semoga bermanfaat!!!!



--------------------Share with love ----------------





        Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

  Email: fara9310@yahoo.com

OR

   Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam


No comments :

Post a Comment