Friday 29 May 2015

6 TIPS UNTUK BAYI SUKA MAKAN





Masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu adalah anak cerewet untuk makan. Jadi bagaimana hendak membuatkan si kecil suka makan? Cuba tip berikut yang boleh dipraktiskan sejak hari pertama anak belajar makan makanan pejal supaya dia tidak cerewet makan apabila semakin membesar.

1) Campurkan dengan susu ibu
Campurkan sedikit perahan susu ibu dalam hidangan makanan pejal pertamanya seperti bubur, puri buah dan puri sayuran supaya dia tidak menolak makanan yang diperkenalkan.

2) Buat jadual rutin
Tetapkan jadual makan yang sama dan sesuaikan jadual makan dengan waktu menyusu. Jangan beri makan selepas bayi menyusu. Pastikan anak dalam keadaan lapar dan tidak mengantuk untuk sesi makanya. Waktu pagi adalah masa paling sesuai untuk ibu memperkenalkan makanan pejal kepada bayi.

3) Masak sendiri makanan bayi
Buat persiapan dengan sebaiknya sekiranya anda menyediakan makanan bayi anda sendiri.Misalnya jika bimbang tidak sempat, sebaiknya siapkan stok makanan bayi yang boleh dibekukan. Sudah tentu menjimatkan masa ibu terutama yang bekerja.

4) Kelengkapan Makan Yang Menarik
Kadang kala alatan yang menarik juga boleh membuatkan anak tertarik untuk menghabiskan makanannya. Penyediaan lengkap untuk si manja seperti sudu, garfu, mangkuk, bib dan kerusi makan supaya anak terbiasa dengan disiplin waktu makan.

5)Jangan mudah putus asa
Ibu perlu sabar menghadapi kerenah si kecil yang baharu belajar makan. Jangan jangkakan bayi anda terus menerima makanan yang pertama kali dirasainya. Jika bayi menolak makanan pertamanya, ibu jangan berputus asa. Ini kerana ada bayi yang memerlukan percubaan sehingga 15 kali untuk menerima makanan pejal pertamanya. Terus cuba dan mencuba!

6)Jangan memaksa
Jangan memaksa bayi anda menghabiskan makanan yang anda sediakan. Anda perlu faham bahasa tubuhnya, jika dipaksa, bayi hanya akan menangis dan mungkin enggan makan lagi untuk sesi yang seterusnya.


Semoga bermanfaat!!!!!




--------------------Share with love ----------------

        Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

  Email: fara9310@yahoo.com

OR

   Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam


Thursday 28 May 2015

TIPS MENGATASI KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN








Penyakit kemurungan di kalangan wanita yang baru melahirkan menjadi perkara normal pada masa kini. Kemurungan mungkin terjadi pada tahap biasa dan dalam jangka masa yang pendek. Kemurungan yang agak teruk akan berlarutan sehingga beberapa bulan. Malah ada juga yang mungkin mengalaminya sepanjang hidup mereka.

Antara simptom-simpton kemurungan adalah:
1) Kemurungan berterusan selama 2 minggu.
2) Ibu tidak dapat menghadapi situasi harian dengan baik
4) Ibu berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau bayinya
5) Perasaan cemas, takut dan panik yang berlebihan

Cara mengatasi kemurungan.
1) Minta bantuan orang di sekeliling anda. Beritahu orang di sekeliling anda bagaimana mereka boleh membantu anda.
2) Berfikir secara wajar dan realistik tentang harapan anda terhadap bayi yang baru lahir.
3) Bersenam dan berjalan-jalan di luar rumah untuk berehat dan menenangkan fikiran atau tekanan.
4) Berfikiran positif.
5) Makan dengan diet seimbang. Elakkan pengambilan kafein dan alkohol.
6) Eratkan hubungan dengan pasangan anda dengan meluangkan masa untuk bersama.
7) Sentiasa berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan anda, elakkan untuk duduk bersendirian dan mengasingkan diri.
8) Hadkan pelawat yang datang ke rumah anda pada hari pertama pulang ke rumah.
9) Yang paling penting sekali, dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Jadi anda juga harus berehat dan tidur apabila bayi anda tidur.

10) Bagi yang beragama Islan. pastikan sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk, rajin solat, membaca Al-Quran dan berzikir.

Semoga bermanafaat




--------------------Share with love ----------------

Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

Email: fara9310@yahoo.com

OR

Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam

5 Tips NO NO To Meroyan




Masalah meroyan biasanya dikaitkan dengan wanita selepas bersalin. Ada wanita yang menghadapi tekanan emosi sehingga boleh menjejaskan kebahagiaan yang sedang dikecapi. Meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin.

Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada tiga peringkat mengikut tahap keseriusannya iaitu :

1.Postpartum blues- normal dan tidak serius. Berlaku selepas wanita bersalin.
2. Postpartum depression - Gangguan emosi / psikologi yang memerlukan yang individu terbabit memerlukan bantuan pakar. Kemurungan yang dialami lebih teruk dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru lahir.
3. Postpartum psychosis - Gila meroyan.Tahap ini adalah penyakit paling teruk.Gejala ini boleh berlarutan sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin.

Panduan elak meroyan
  1. Pastikan mendapat bantuan daripada suami dan ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara ketika dalam proses jagaan selepas bersalin.
  1. Fahami dan pelajari tanggungjawab sebagai ibu daripada kawan-kawan yang berpengalaman, keluarga dan bahan bacaan sejak sebelum mengandung lagi.
  1. Rehat yang mencukupi adalah penting. Ambil udara segar di halaman rumah dan jangan hanya berada di dalam rumah walaupun anda sedang menjalani rutin jagaan selepas bersalin.
  1. Tidur sewaktu bayi tidur. Sekiranya tidak berupaya untuk melelapkan mata, cukuplah sekadar berehat dengan berbaring di katil tanpa memikirkan apa-apa perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan.
  1. Pengambilan diet. Pemakanan berkhasiat juga penting diberi perhatian untuk kembali cergas. Elakkan daripada tidak makan dalam tempoh masa yang panjang. Makanan seimbang dapat menghindarkan diri daripada cepat letih dan tidak bertenaga.

---------------Share with love-------------- 

Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

Email: fara9310@yahoo.com

OR

Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam















TIPS PENJAGAAN SELEPAS KEGUGURAN



Keguguran mengandung boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil. Situasi wanita yang mengalami keguguran dikatakan lebih serius berbanding kelahiran. Jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya penjagaan selepas keguguran.

Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh berpantang sama seperti ibu selepas bersalin. Bahkan penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran.

Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi :

1. Risiko tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam rahimnya. 
2.Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan kracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.
3.Kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.

Berpantang ibu keguguran berakhir mengikut jangkamasa keguguran.  Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.

Makanan yang perlu dielakkan semasa berpantang termasuk lah :

1.Makanan berangin seperti ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.
2. Makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai.
3. Ikan yang berbisa seperti ikan berduri, ikan terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardine, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Ibu yang melanggar pantang tersebut dikhuatiri akan mengalami masalah bentan urat, demam lambat baik, rambut gugur, alahan kulit dan mudah letih.


--------------Share with love--------------

Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

Email: fara9310@yahoo.com

OR

Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam
















Wednesday 27 May 2015

5 Tips Persediaan Penyusuan untuk Ibu kerap outstation


Menjadi ibu bekerjaya yang memilih untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu bukan sesuatu perkara yg mudah. Pengalaman saya menyusukan anak tanpa susu formula selama setahun 2 bulan mengajar kita untuk menjadi lebih sabar dan ikatan antara ibu dan bayi anda akan menjadi lebih erat.  

Kadangkala tuntutan tugas memerlukan saya untuk menghadiri kursus, seminar, kerja luar dan banyak lagi. Ini semua memerlukan kita untuk meninggalkan anak yang sedang menyusu beberapa hari. Bagi ibu-ibu yang masih menyusukan dan selalu outstation dan nekad hendak menyusukan, Jom kita tgok tips kat bawah ni :

1. Study tempat penginapan.
    
Sebelum travel, saya akan study hotel mana saya akan stay. Kalau boleh minta HR untuk dapatkan bilik yang ada peti ais dan boleh menyimpan susu semasa kita berada disana. Peti sejuk sangat penting untuk menyimpan susu perahan. Pastikan peti sejuk tersebut 'on' semasa menunggu untuk hari kita pulang.

2. Study jarak perjalanan

Pastikan kita study jarak perjalanan untuk kesuatu tempat, especially selepas pam susu. Ini supaya kita dapat estimate masa susu yang telah diperah diletakkan dalam cooler bag sebelum kita transfer susu tersebut kedalam peti ais kat hotel.


3. Beritahu suami, ibu dan pembantu rumah.
Bila dapat tahu kena pergi outstation, saya akan bagitau suami. Saya juga akan contact ibu untuk tengokkan anak dan bayi saya semasa ketiadaan saya. Saya juga akan brief sedikit pembantu rumah saya supaya dia maklum apa perlu dilakukan semasa ketiadaan saya.

4. Stok EBM yang mencukupi sepanjang ketiadaan kita
Seminggu sebelum saya travel, saya pastikan kekerapan mengepam lebih banyak daripada selalu, dan of course saya juga menggunakan susu yang beku. Tapi, manalah tau kan, nanti baby Umar kuat menyusu semasa saya tiada, susah juga. Jadi, sediakan payung sebelum hujan lah. :)
Susu yang beku pula, saya akan defrost and letak di peti ais sebelah bawah. Contoh nya: sekiranya saya akan travel selama 3 hari, saya akan keluarkan siap-siap susu untuk 3 hari dan defrost (kan susu akan tahan selama 3 hari kan kalau letak kat bawah). Kalau saya travel lama sikit, saya akan minta maid defrost kan susu yang beku kat atas.
5. senaraikan barang yang perlu dibawa
Sebagai ibu menyusu, walaupun pergi outstation dan tak perlu pam?? oh nooooo!!!!, tak sanggup nak hadapi bengkak susu tu. Ni lagi kalau dah berhari tak pam dan baby tak bersama kita. Nak kerja pun confirm tak fokus. Hihihi... Jadi saya akan pastikan barang keperluan menyusu akan sentiasa saya bawa. Jadual pam susu juga tidak berubah, melainkan masa tu saya berada dalam kereta. Segala keperluan mengepam perlu dibawa. List tersebut adalah :
  1. Breast pump
  2. Cooler bag
  3. Pump charger
  4. Cooler box
  5. Ice pack
  6. Storage bottle
  7. Storage Plastic
  8. Nursing cover
  9. Suppliment untuk penyusuan.





Ha ibu-ibu sekelian, kalau nak teruskan susu ibu walaupun anda selalu travel, tak ada masalah sebenarnya. Semuanya dari kita saja.

--------Share with love-------- 

Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

Email: fara9310@yahoo.com

OR
Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam




Wednesday 20 May 2015

KAEDAH DIPLOMASI, MANIS DAN BERKHEMAH MENCERAIKAN SUSU

Ramai ibu menghadapi masalah memberhentikan penyusuan badan kala anak sudah meningkat usia dua tahun ke atas. Ini kerana dalam tempoh ini bayi disusukan dengan susu ibu sepenuhnya sehingga si kecil merasakan aktiviti itu menjadi satu keperluan yang harus dilakukan tanpa mengira waktu. Selain khasiat susu ibu yang tiada tandingannya, penyusuan badan menjadikan hubungan ibu dan anak bertambah akrab selain jalinan emosi yang stabil serta daya tahan badan yang tinggi berbanding bayi yang tidak disusukan sepenuhnya.



Namun begitu ramai ibu mengeluh kerana proses menceraikan susu badan menjadi amat sukar. Terutama sekali bagi ibu yang ingin hamil kembali. Pelbagai cara dilakukan supaya si comel tidak lagi menyusu. Pelbagai petua digunakan antaranya meletakkan sesuatu yang masam atau pahit seperti asam jawa, pewarna merah, bawang putih dan belacan pada bahagian payudara bagi memberikan rasa kurang enak lantas anak akan berhenti menyusu sendiri.
Namun kurang berkesan. Ini kerana ada anak yang masih boleh menerima dan hanya berhenti sekiranya ibu melakukan secara konsisten selama enam bulan ke atas. Jika tidak rasa pahit, masam, kelat atau bau busuk semuanya diterima saja.

Bayi akan melalui pelbagai fasa berbeza ketika menikmati aktiviti penyusuan susu badan. Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan sebelum anak mencecah usia dua tahun.  
Memberhentikan penyusuan badan secara drastik bolehmemberi kesan fizikal dan emosi kepada ibu dan anak. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka. 



Lebih baik sekiranya ibu tidak menghentikan penyusuan badan serta merta. Ini kerana ia akan mengganggu bayi dan membuatkan ibu berasa kurang selesa apabila mengalami payudara bengkak dan kemungkinan berhadapan penyakit mastitis, satu penyakit radang payudara. Jika bayi tidak menunjukkan tanda dia mahu berhenti menyusu, bersabarlah sehingga dia benar-benar bersedia.
Elakkan memberhentikan penyusuan ketika anak tumbuh gigi, berpindah ke rumah baru atau anda mula menghantar anak ke pusat jagaan. Ini kerana pada saat emosi kurang stabil ia akan menyebabkan ibu menjadi lebih tertekan dan memaksa bayi bersama-sama menghadapi tekanan ini.


Terdapat pelbagai yang lebih ‘manis’ dan 'berhemah' boleh dilakukan oleh para ibu sebaik saja anak sudah meningkat usia dua tahun. Antaranya adalah: 
1. Jangan tawarkan susu ibu dan lengahkan jika dia minta.

Pada ketika anak leka bermain, dia terlupa untuk menyusu. Ibu usah memanggil dan mengajaknya menyusu sebaliknya biarkan dia meneroka dunianya. Pada usia dua tahun anak sebenarnya sudah boleh memahami sekiranya anda memberitahu yang pakaian anda tidak sesuai untuk menyusu atau beritahu yang dia hanya boleh menyusu di dalam kereta dan bukannya di tempat awam.

2. Berikan minuman lain.

Bagi ibu yang ingin memberhentikan penyusuan seharusnya sudah memikirkan jenis minuman gantian yang akan disediakan. Ibu atau penjaga boleh menawarkan minuman lain seperti air buah, susu segar atau air kosong. 

Sediakan satu botol minuman dengan karakter yang disukainya dan ini membolehkan bayi mula menyukai perasaan menjadi kanak-kanak. Gantikan susu dengan snek berkhasiat seperti buah-buahan yang dipotong kecil supaya anak menjadi lebih kenyang.




3. Berhentikan penggunaan botol dan gunakan bekas air.
Pada usia bayi lapan bulan, dia sudah boleh mula memegang bekas air dan minum daripadanya. Botol susu ataupun susu formula bukanlah pengganti kepada penyusuan susu ibu. Ia lebih kepada peralihan yang melekakannya, namun apa yang sedang kita lakukan ialah melatih bayi untuk berdikari. 


4. Penggantian rutin. 

Perhatikan rutin bayi dan cuba gantikan dengan aktiviti berfaedah. Penyusuan sebelum tidur adalah waktu paling sukar untuk diberhentikan. Mulakan dengan tabiat baru seperti membacakan buku atau melukis. Suami juga boleh memainkan peranan dengan membawa anak yang baru bangun tidur bersarapan pada waktu pagi sebelum anak meminta susu daripada ibu.
5. Memendekkan tempoh penyusuan.
Ibu juga boleh mencuba dengan memendekkan waktu penyusuan. Sekiranya menyusu selama 30 minit ibu boleh memendekkan masa selama 10 hingga 15 minit saja. Cara ini berkesan untuk anak berusia dua tahun ke atas. Ibu boleh memujuk anak yang dia hanya boleh minum sedikit saja kerana sudah besar. 
6. Sebaik saja bayi anda memakan berbagai jenis makanan, anda akan dapati dengan sendirinya dia kurang meminta susu badan. Jika anda mahu membantu menggerakkan proses ini, ikutilah langkah-langkah ini:
Langkah 1: Biar­kan bayi menghabiskan penyusuan sepenuhnya, kemudian berikan dia hidangan kecil makanan. Pada waktu ini bayi anda boleh menguji rasa dan tekstur makanan.
Langkah 2: Sebaik saja bayi anda mula makan dengan baik, mulakan dengan membuat beberapa pertukaran. Cuba dengan beberapa sarapan dulu. Berikan dia makanan sebelum menyusu. Lakukan ini untuk setiap kali penyusuan.
Langkah 3: Berikan bayi anda air dalam cawan bermuncung lembut untuk menggantikan penyusuan badan. Sekurang-kurangnya dia boleh minum susu menggunakan cawan


LASTLY,

Tambahkan belaian, pelukan dan ciuman sebagai gantian kepada 'manjaan' penyusuan badan. Si manja anda mungkin berubah sikap seketika walaupun dia sendiri yang mahu berhenti untuk menghisap susu badan. Dia mungkin mengekori anda ke mana sahaja dan menjadi lebih aktif.
Pendek kata, si manja anda juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri sama seperti kita yang perlukan masa dengan perubahan ini. 

Sharing with love 

Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

Email: fara9310@yahoo.com

OR
Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam


Tuesday 19 May 2015

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN CESARIAN

Salam, 

Alhamdulillah baby Umar dah setahun 5 bulan, cepatnya masa berlalu. Hari ini sahabat saya bertanyakan kepada saya pengalaman semasa melahirkan anak secara cesar. Alhamdulillah ketiga - tiga anak yang saya lahirkan secara cesar tidak mempunyai masalah dan komplikasi semasa proses kelahiran. Memanglah agak terkilan sebab tak dapat melahirkan mereka secara normal dan merasakan kesakitan sebenar semasa melahirkan, tetapi kedua2 proses kelahiran either cesar atau normal mempunyai pantang larang dan cara penjaagan yang khusus agar luka sembuh dengan cepat dan ibu2 akan lebih bertenaga semasa proses berpantang. 



Proses kelahiran secara cesar


Umar Farouq selepas dilahirkan 

Luka Pembedahan Cesarean mengambil masa yang agak lama untuk pulih sepenuhnya. So saya nak share bagaimana tips Penjagaan Luka Pembedahan Czer melalui pengalaman saya. 

1. Penjagaan luka.
Pastikan kawasan jahitan sentiasa kering dan bersih, selepas mandi lapkan dengan kain / tuala yang bersih secara perlahan -lahan agar kawasan tersebut tidak lembab dan boleh mengakibatkan jangkitan.

2. Berpantang makan
Elakkan makan makanan gatal seperti telur, udang, sotong dan yang seumpama dengannya. Cuba banyakkan memakan yang berasaskan protein dan zinc supaya luka jahitan akan cepat sembuh.

3. Makan Ikan Haruan / Pati Ikan Haruan
Anak pertama saya, saya akan makan ber botol- botol pati ikan haruan. Tetapi masa anak ketiga ni, saya skip makan pati ikan haruan. Orang tua-tua cakap makan pati ni, luka cepat sembuh. Tetapi bersalin anak ke 3, saya berpantang dan makan seperti menu orang yang bersalin normal.

4. Penggunaan panties
Seeloknya gunakan maternity panties dan kain jenis cotton supaya tidak mengenai luka jahitan.Cuba elakkan memakai common panties kerana jenis tersebut hanya fit sehingga bawah pusat dan mengenai luka jahitan.

5. Elakkan dari menyapu gel gamat di tempat luka. Jika anda ingin juga menyapu gel gamat, tunggulah sehingga luka sudah benar-benar kering atau 3 minggu selepas pembedahan. Jika andal menyapu gel gamat ini terlalu awal, ia boleh menyebabkan jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan. 

6. Spinal Headache
Part ni selalunya ditakuti oleh ibu yang akan mengalami sakit kepala yang teramat sangat selepas beberapa jam menjalani proses cesar ni. Apa yang saya boleh katakan hanya, sebelum sakit tu menjadi semakin teruk, cuba kurangkan dengan memakan coklat atau meminum segelas nescafe. Sakit kepala ni akan berlarutan (on & off) selama beberapa hari. Kesabaran pada masa ini sangat perlu yaaaa.

Bilakah boleh mandi selepas bersalin cesarean?????

Mandi selepas bersalin cesarean ada dua cara - bergantung kepada bagaimana luka anda dijahit:


1. Sekiranya luka anda dijahit dibahagian luar kat bahagian tepi kiri dan kanan diletakkan pin macam butang, dan anda diminta untuk datang ke hospital seminggu selepas pembedahan untuk membuka butang) - maka anda hanya boleh mandi selepas butang dibuka.
2. Kalau luka jahitan anda ditutup dengan gam. Biasanya dah boleh mandi selepas bius hilang dan dah boleh bangun.
 
Seeloknya cuba bertanya dengan doktor bila masa sesuai untuk kita mandi.

Bagi saya, saya akan pastikan mandi sebelum dischage, ye lah kan untuk segarkan badan dan mandi juga dapat memulihkan mood pulih tu. Badan dah bersih, fikiran pun lapang, hati pun gembira. Ye tak???

Walaupun luka sudah sembuh dan diri sudah bertenaga dan kuat, sesekali anda akan terasa ngilu dibahagian parut luka terutama apabila melakukan kerja yang memerlukan anda mengangkat barang yang berat. Seeloknya cuba elakkan untuk mengangkat benda yang berat dan cuba ambil masa dan benarkan diri anda berehat secukupnya.

Yang penting, jangan takut dan panik selepas sedar anda terpaksa dicesar disebabkan ada komplikasi semasa kelahiran, Trust me!!!! Luka jahitan akan sempuh sepenuhnya selama 2 bulan dan luka jahitan kat perut anda akan pulih dalam masa dua minggu.

Kesakitan semasa selepas kelahiran akan hilang immediately selepas nurse menyerahkan anak tu kepada kita untuk didukung. Betul tak????


Sharing with love 

Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

Email: fara9310@yahoo.com

OR

Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam






Thursday 14 May 2015

CARA - CARA MENGHADAPI & MENGATASI STRESS DAN TEKANAN

Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll.

Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.

Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda. Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada; perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya – sikap . kita terhadap sesuatu keadan.

LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

1. Fahami Punca Stress
– Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
– Cari masalah dalam diri satu persatu.
– Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga
menyebabkan ketegangan.

2. Letakkan Keutamaan
– Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
– Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan
kepada yang lebih penting.
– Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak
membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.


3. Selesaikan Masalah Satu Persatu.
– Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
– Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
– Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia
boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.


4. Menangis
– Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan
tekanan minda dan jiwa.

5. Bersenam Atau Beriadah
– Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga
lapang setelah berpeluh
– Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran
darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
– Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa
penyakit di dalam badan.


6. Bersantai
– Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit
ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di
mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri
dan minda.
– Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan
memberikan keseronokan
– Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.


7. Ambil Mudah.
– Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang
mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
– Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan
itu pada keesokkan harinya.
– Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak
keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.


8. Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.
– Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan
anda sedia menerima sesuatu bencana.
– Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan
dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan
fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
– Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang
dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan
yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan





Rilekss..... takde org yg tak pernah mengalami stress.. yang membezakan setiap individu adalah bagaimana kita menghadapinya....rasa stress..gelisah..takut ni semua salah satu daripada ujian Allah SWT.
Surah Al-Baqarah (2):155, Firman Allah yang bermaksud:“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil buah yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”

Kalau rasa stress gak.. apa kata mulakan hari dengan mengambil sebiji vitamin B Complex.. Vitamin B Complex memainkan peranan dlm mengawal perubahan mood/ emosi seseorang..Vitamin B membantu mengawal depressi dan rasa gementar dengan menguruskan fungsi neurotransmitter (penyampai semulajadi otak yg mengawal mood dan emosi). Vitamin B tak dpt disimpan dlm bdn dan mudah termusnah akibat kafein , alkohol , nikotin, gula.. jadi amat perlu anda memperolehi vitamin B daripada suplemen/ vitamin utk melengkapkan diet harian anda.. Vitamin B Complex pilihan saya adalah dari jenama Shaklee..

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310


Email: fara9310@yahoo.com


OR

Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam



Tuesday 12 May 2015

MENGATASI MIGRAIN TANPA UBATAN


Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

1. Sakit kepala kerana tekanan
2. Sakit kepala kerana sinus
3. Sakit kepala kerana migrain

Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Sakit kepala migrain ialah sakit kepala yang berulang, berdenyut-denyut dan terjadi pada sebelah kepala saja dan sakit berlaku disebelah kepala sahaja dan melarat kedua- dua belah kepala. 

Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum dikenalpasti secara jelas. Para saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

i) KETURUNAN

ii) PEMAKANAN

Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese,nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain. Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain.

iii) DIET

Menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain. Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.

iv) MAKAN MENGIKUT ATURAN MASA

v) Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi caffeine withdrawal syndrom bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan memberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

vi) HORMON

vii) MENGANDUNG

viii) HAID


ix) PIL PERANCANG - Pil perancang yang mengandungi estrogen yang mengakibatkan migrain

x ) MENOPAUSE

xi) TIDUR - 
Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.

xiii) UBAT

Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain.

xiv) PENYEBAB LAIN :

- Perubahan cuaca.
- Cuaca terang matahari atau lampu.
- Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.
- Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama.
- Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi.
- Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).
- Merokok.

TIPS :

i) Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pengambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention.

ii) Pengurangan stress seperrti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan
teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.

iii) Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang kena.

iv) Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.

v) Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.

vi) Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.

vii) Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan
saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak.

viii) Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa anda mandi mungkin juga berkesan.
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. 

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat?Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:



1. Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...

2. B kompleks
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga pemakanan anda.

Lastly, anda perlu pertimbangkan untuk mengambil vitamin/suppliment sebagai membantu untuk menyelesaikan masalah anda. Ia lebih baik dari makan ubatan yang berasaskan dadah.



Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310


Email: fara9310@yahoo.com


OR

Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam