Masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu adalah anak cerewet untuk makan. Jadi bagaimana hendak membuatkan si kecil suka makan? Cuba tip berikut yang boleh dipraktiskan sejak hari pertama anak belajar makan makanan pejal supaya dia tidak cerewet makan apabila semakin membesar.

1) Campurkan dengan susu ibu
Campurkan sedikit perahan susu ibu dalam hidangan makanan pejal pertamanya seperti bubur, puri buah dan puri sayuran supaya dia tidak menolak makanan yang diperkenalkan.

2) Buat jadual rutin
Tetapkan jadual makan yang sama dan sesuaikan jadual makan dengan waktu menyusu. Jangan beri makan selepas bayi menyusu. Pastikan anak dalam keadaan lapar dan tidak mengantuk untuk sesi makanya. Waktu pagi adalah masa paling sesuai untuk ibu memperkenalkan makanan pejal kepada bayi.

3) Masak sendiri makanan bayi
Buat persiapan dengan sebaiknya sekiranya anda menyediakan makanan bayi anda sendiri.Misalnya jika bimbang tidak sempat, sebaiknya siapkan stok makanan bayi yang boleh dibekukan. Sudah tentu menjimatkan masa ibu terutama yang bekerja.

4) Kelengkapan Makan Yang Menarik
Kadang kala alatan yang menarik juga boleh membuatkan anak tertarik untuk menghabiskan makanannya. Penyediaan lengkap untuk si manja seperti sudu, garfu, mangkuk, bib dan kerusi makan supaya anak terbiasa dengan disiplin waktu makan.

5)Jangan mudah putus asa
Ibu perlu sabar menghadapi kerenah si kecil yang baharu belajar makan. Jangan jangkakan bayi anda terus menerima makanan yang pertama kali dirasainya. Jika bayi menolak makanan pertamanya, ibu jangan berputus asa. Ini kerana ada bayi yang memerlukan percubaan sehingga 15 kali untuk menerima makanan pejal pertamanya. Terus cuba dan mencuba!

6)Jangan memaksa
Jangan memaksa bayi anda menghabiskan makanan yang anda sediakan. Anda perlu faham bahasa tubuhnya, jika dipaksa, bayi hanya akan menangis dan mungkin enggan makan lagi untuk sesi yang seterusnya.


Semoga bermanfaat!!!!!




--------------------Share with love ----------------

        Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

  Email: fara9310@yahoo.com

OR

   Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam