Ramai ibu menghadapi masalah memberhentikan penyusuan badan kala anak sudah meningkat usia dua tahun ke atas. Ini kerana dalam tempoh ini bayi disusukan dengan susu ibu sepenuhnya sehingga si kecil merasakan aktiviti itu menjadi satu keperluan yang harus dilakukan tanpa mengira waktu. Selain khasiat susu ibu yang tiada tandingannya, penyusuan badan menjadikan hubungan ibu dan anak bertambah akrab selain jalinan emosi yang stabil serta daya tahan badan yang tinggi berbanding bayi yang tidak disusukan sepenuhnya.
Namun begitu ramai ibu
mengeluh kerana proses menceraikan susu badan menjadi amat sukar. Terutama sekali bagi ibu yang ingin hamil kembali. Pelbagai cara dilakukan supaya
si comel tidak lagi menyusu. Pelbagai petua digunakan antaranya meletakkan sesuatu yang masam atau pahit seperti asam jawa, pewarna merah,
bawang putih dan belacan pada bahagian payudara bagi memberikan rasa kurang enak
lantas anak akan berhenti menyusu sendiri.
Namun kurang berkesan. Ini kerana ada anak yang masih boleh
menerima dan hanya berhenti sekiranya ibu melakukan secara konsisten selama enam
bulan ke atas. Jika tidak rasa pahit, masam, kelat atau bau busuk semuanya
diterima saja.
Bayi akan melalui pelbagai fasa berbeza ketika menikmati aktiviti penyusuan susu
badan. Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara
perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan sebelum
anak mencecah usia dua tahun.
Memberhentikan
penyusuan badan secara drastik bolehmemberi kesan fizikal dan emosi kepada ibu dan anak. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika
menyusukan bayi mereka.
Lebih baik sekiranya ibu tidak menghentikan
penyusuan badan serta merta. Ini kerana ia akan mengganggu bayi dan membuatkan
ibu berasa kurang selesa apabila mengalami payudara bengkak dan kemungkinan
berhadapan penyakit mastitis, satu penyakit radang payudara. Jika bayi tidak
menunjukkan tanda dia mahu berhenti menyusu, bersabarlah sehingga dia
benar-benar bersedia.
Elakkan memberhentikan
penyusuan ketika anak tumbuh
gigi, berpindah ke rumah baru atau anda mula menghantar anak ke pusat jagaan.
Ini kerana pada saat emosi kurang stabil ia akan menyebabkan ibu menjadi lebih
tertekan dan memaksa bayi bersama-sama menghadapi tekanan ini.
Terdapat pelbagai yang lebih ‘manis’ dan 'berhemah' boleh dilakukan oleh para ibu sebaik saja anak sudah meningkat usia dua tahun. Antaranya adalah:
1. Jangan tawarkan susu ibu dan lengahkan jika dia minta.
Pada ketika anak leka bermain, dia terlupa untuk menyusu. Ibu usah memanggil dan mengajaknya menyusu sebaliknya biarkan dia meneroka dunianya. Pada usia dua tahun anak sebenarnya sudah boleh memahami sekiranya anda memberitahu yang pakaian anda tidak sesuai untuk menyusu atau beritahu yang dia hanya boleh menyusu di dalam kereta dan bukannya di tempat awam.
2. Berikan minuman lain.Bagi ibu yang ingin memberhentikan penyusuan seharusnya sudah memikirkan jenis minuman gantian yang akan disediakan. Ibu atau penjaga boleh menawarkan minuman lain seperti air buah, susu segar atau air kosong.
Sediakan satu botol minuman dengan karakter yang disukainya dan ini membolehkan bayi mula menyukai perasaan menjadi kanak-kanak. Gantikan susu dengan snek berkhasiat seperti buah-buahan yang dipotong kecil supaya anak menjadi lebih kenyang.
3. Berhentikan penggunaan botol dan
gunakan bekas air.
4. Penggantian rutin.
Perhatikan rutin
bayi dan cuba gantikan dengan aktiviti berfaedah. Penyusuan sebelum tidur adalah
waktu paling sukar untuk diberhentikan. Mulakan dengan tabiat baru seperti membacakan buku atau melukis. Suami juga boleh memainkan peranan dengan membawa anak yang
baru bangun tidur bersarapan pada waktu pagi sebelum anak meminta susu daripada
ibu.
5. Memendekkan tempoh penyusuan.
Ibu juga boleh
mencuba dengan memendekkan waktu penyusuan. Sekiranya menyusu selama 30 minit
ibu boleh memendekkan masa selama 10 hingga 15 minit saja. Cara ini berkesan
untuk anak berusia dua tahun ke atas. Ibu boleh memujuk anak yang dia hanya
boleh minum sedikit saja kerana sudah besar.
6. Sebaik saja bayi anda
memakan berbagai jenis makanan, anda akan dapati dengan sendirinya dia kurang
meminta susu badan. Jika anda mahu membantu menggerakkan proses ini, ikutilah
langkah-langkah ini:
Langkah 1: Biarkan bayi menghabiskan penyusuan
sepenuhnya, kemudian berikan dia hidangan kecil makanan. Pada waktu ini bayi
anda boleh menguji rasa dan tekstur makanan.
Langkah 2: Sebaik saja bayi
anda mula makan dengan baik, mulakan dengan membuat beberapa pertukaran. Cuba dengan beberapa sarapan dulu. Berikan dia
makanan sebelum menyusu. Lakukan ini untuk setiap kali penyusuan.
Langkah 3: Berikan bayi anda air dalam cawan bermuncung
lembut untuk menggantikan penyusuan badan. Sekurang-kurangnya dia boleh minum
susu menggunakan cawan
LASTLY,
Tambahkan belaian, pelukan dan ciuman sebagai gantian kepada 'manjaan' penyusuan badan. Si manja anda mungkin berubah sikap seketika walaupun dia sendiri yang mahu berhenti untuk menghisap susu badan. Dia mungkin mengekori anda ke mana sahaja dan menjadi lebih aktif.
Pendek kata, si manja anda juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri sama seperti kita yang perlukan masa dengan perubahan ini.
Sharing with love
Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310
Email: fara9310@yahoo.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam
Sharing with love
Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310
Email: fara9310@yahoo.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam
No comments :
Post a Comment