Salam,
Alhamdulillah baby Umar dah setahun 5 bulan, cepatnya masa berlalu. Hari ini sahabat saya bertanyakan kepada saya pengalaman semasa melahirkan anak secara cesar. Alhamdulillah ketiga - tiga anak yang saya lahirkan secara cesar tidak mempunyai masalah dan komplikasi semasa proses kelahiran. Memanglah agak terkilan sebab tak dapat melahirkan mereka secara normal dan merasakan kesakitan sebenar semasa melahirkan, tetapi kedua2 proses kelahiran either cesar atau normal mempunyai pantang larang dan cara penjaagan yang khusus agar luka sembuh dengan cepat dan ibu2 akan lebih bertenaga semasa proses berpantang.

Umar Farouq selepas dilahirkan |
Luka
Pembedahan Cesarean mengambil masa yang agak lama untuk pulih sepenuhnya.
So saya nak share bagaimana tips Penjagaan Luka Pembedahan Czer melalui pengalaman saya.
1. Penjagaan luka.
Pastikan kawasan jahitan sentiasa kering dan
bersih, selepas mandi lapkan dengan kain / tuala yang bersih secara perlahan -lahan agar kawasan tersebut tidak lembab dan boleh mengakibatkan jangkitan.
2. Berpantang makan
Elakkan makan makanan gatal seperti telur, udang, sotong dan yang seumpama
dengannya. Cuba banyakkan memakan yang berasaskan protein dan zinc supaya luka jahitan akan cepat sembuh.
3. Makan Ikan Haruan / Pati Ikan Haruan
Anak pertama saya, saya akan makan ber botol- botol pati ikan haruan. Tetapi masa anak ketiga ni, saya skip makan pati ikan haruan. Orang tua-tua cakap makan pati ni, luka cepat sembuh. Tetapi bersalin anak ke 3, saya berpantang dan makan seperti menu orang yang bersalin normal.
4. Penggunaan panties
Seeloknya gunakan maternity panties dan kain jenis cotton supaya tidak mengenai luka jahitan.Cuba elakkan memakai common panties kerana jenis tersebut hanya fit sehingga bawah pusat dan mengenai luka jahitan.
5. Elakkan dari menyapu gel gamat di tempat luka. Jika anda ingin juga menyapu gel gamat, tunggulah sehingga luka sudah benar-benar kering atau 3 minggu selepas pembedahan. Jika andal menyapu gel gamat ini terlalu awal, ia boleh menyebabkan jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan.
6. Spinal Headache
Part ni selalunya ditakuti oleh ibu yang akan mengalami sakit kepala yang teramat sangat selepas beberapa jam menjalani proses cesar ni. Apa yang saya boleh katakan hanya, sebelum sakit tu menjadi semakin teruk, cuba kurangkan dengan memakan coklat atau meminum segelas nescafe. Sakit kepala ni akan berlarutan (on & off) selama beberapa hari. Kesabaran pada masa ini sangat perlu yaaaa.

Bilakah boleh mandi selepas bersalin cesarean?????
Mandi selepas bersalin cesarean ada dua cara - bergantung kepada bagaimana luka anda dijahit:
1. Sekiranya luka anda dijahit dibahagian luar kat bahagian tepi kiri dan kanan diletakkan pin macam butang, dan anda diminta untuk datang ke hospital seminggu selepas pembedahan untuk membuka butang) - maka anda hanya boleh mandi selepas butang dibuka.
2. Kalau luka jahitan anda ditutup dengan gam. Biasanya dah boleh mandi selepas bius hilang dan dah boleh bangun.
Seeloknya cuba bertanya dengan doktor bila masa sesuai untuk kita mandi.
Bagi saya, saya akan pastikan mandi sebelum dischage, ye lah kan untuk segarkan badan dan mandi juga dapat memulihkan mood pulih tu. Badan dah bersih, fikiran pun lapang, hati pun gembira. Ye tak???
Bagi saya, saya akan pastikan mandi sebelum dischage, ye lah kan untuk segarkan badan dan mandi juga dapat memulihkan mood pulih tu. Badan dah bersih, fikiran pun lapang, hati pun gembira. Ye tak???
Walaupun luka sudah sembuh dan diri sudah bertenaga dan kuat, sesekali anda akan terasa ngilu dibahagian parut luka terutama apabila melakukan kerja yang memerlukan anda mengangkat barang yang berat. Seeloknya cuba elakkan untuk mengangkat benda yang berat dan cuba ambil masa dan benarkan diri anda berehat secukupnya.
Yang penting, jangan takut dan panik selepas sedar anda terpaksa dicesar disebabkan ada komplikasi semasa kelahiran, Trust me!!!! Luka jahitan akan sempuh sepenuhnya selama 2 bulan dan luka jahitan kat perut anda akan pulih dalam masa dua minggu.
Kesakitan semasa selepas kelahiran akan hilang immediately selepas nurse menyerahkan anak tu kepada kita untuk didukung. Betul tak????
Kesakitan semasa selepas kelahiran akan hilang immediately selepas nurse menyerahkan anak tu kepada kita untuk didukung. Betul tak????
Sharing with love
Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310
Email: fara9310@yahoo.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam
No comments :
Post a Comment