Wednesday, 3 June 2015

PERKEMBANGAN BAYI & CARA DUKUNG




Ransangan tekanan yang diberikan semasa mendukung bayi anda akan membuatkan bayi anda lebih tenang dan rilex. Cara memujuk bayi yang biasa adalah dengan mendukungnya. Bayi sememangnya suka di dukung terutama oleh ibu ayah.


Alasan mengapa bayi anda perlu didukung dengan betul supaya dapat membantu perkembangan fizikal si bayi antaranya kerana: 
  1. Punggung bayi terbentuk menjadi semakin tegak pada bulan-bulan pertama selepas lahir.
  1. Pinggul dan pinggang bayi juga secara automatik memiliki kedudukan yang betul sehingga terhindar daripada penyakit ‘hip dysplasia’ atau kesalahan tulang pinggul sehingga bayi seakan seperti mengangkang.
  1. Mendukung bayi secara vertical boleh mengelakkan daripada masalah kepala leper (‘flat head syndrome’)

Tip Mendukung Bayi

1) Pastikan tali dan pendukungnya cukup ketat bagi ibu yang menggunakan alat penggendong. Pastikan juga tali pengikatnya tak terlalu ketat, bimbang bayi anda akan sukar untuk bernafas.

2) Pastikan ibu boleh memeluk dan mencium bayi.

3) Pastikan wajah bayi juga melihat ke atas bukan ke bawah.

4) Kepala bayi hampir dengan dagu ibu. Posisi salah sekiranya kepala bayi anda kebawah.

5) Pastikan juga jarak di antara dada ibu dengan dagu bayi lebih kurang satu jari.

6) Beri sedikit ruang untuk bayi boleh bergerak sedikit.

7) Pastikan bayi dalam posisi stabil semasa didukung tidak kira menggunakan alat penggendong atau tidak. Ini untuk mengelakkan daripada masalah ‘hip dysplasia’.



semoga bermanfaat!!!!




--------------------Share with love ----------------



        Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

  Email: fara9310@yahoo.com

OR

   Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam


No comments :

Post a Comment