Sunday, 7 June 2015

MASALAH KULIT BAYI

Penjagaan khusus sangat diperlukan terutama bayi yang senang menghadapi masalah kulit. kenali masalah asas yang sering berlaku pada kulit bayi.


1. Bintik / Ruam Panas
Keadaan yang panas dan lembab yang tidak menentu akan mengakibatkan kulit bayi senang untuk tibul bintik-bintik kecil kemerahan. Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Sekiranya dibiarkan dan tanpa rawatan sewajarnya, bintik tersebut akan bertambah merah dan seakan jerawat.
Mandikan bayi menggunakan air suam serta sejukkan kawasan kulit yang sudah terjejas dengan menggunakan tuala sejuk basah. Elakkan bayi memakai baju tebal dan sentiasa pastikan suhu sekitaran dalam suhu yang sederhana.
2.Ruam lampin
Ruam lampin terjadi disebabkan oleh kelembapan akibat lampin yang kotor. Ruam juga boleh berlaku apabila kulit bayi tidak begitu kering selepas mandi. Kadang-kadang, bakteria atau jangkitan yis akan menyebabkan ruam lampin. 
Kerap menukar lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil. Cuci punggung bayi dengan menggunakan sabun tanpa bahan pewangi, tetapi gunakan sabun lembut yang bebas bahan kimia. Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit yang sedang radang. Pakaikan lampin secara longgar supaya ada ruang udara memasuki kawasan punggung bayi.
3.Ekzema
Eczema bermaksud masalah kulit kemerahan, berair dan bersisik. Ia berlaku pada bahagian muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. 
Ekzema tidak boleh dipulihkan tetapi dikawal dengan rawatan yang sesuai. Pakaikan bayi pakaian daripada kain kapas, pastikan kuku bayi pendek untuk mengelakkan iritasi kulit akibat menggaru dan elakkan makan makanan yang mencetuskan ekzema.
4.Kulit kering
Ada bayi menghadapi masalah kulit kering atau bersisik. Ia biasa berlaku pada bahagian punggung atau lengan. Ia tidak berbahaya dan akan hilang apabila bayi berusia empat hingga enam bulan. Pastikan anda sentiasa lap bahagian kulit yang kering dengan kain. Bahagian yang bersisik, sapukan losen. Anda boleh juga mandikan bayi bagi menambahkan kelembapan pada kulit bayi yang kering.
5.Kerak kepala
Ia juga dikenali sebagai cradle cap. Kelihatan seperti kelemumur pada bahagian kepala bayi. Masalah ini melibatkan kepala diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik di kulit kepala. Kerap basuh rambut bayi dengan syampu bayi. Gunakan berus atau sikat rambut bayi untuk menanggalkan kepingan kerak. 
Lembabkan bahagian yang kering menggunakan minyak bayi atau minyak Zaitun untuk disapu pada kulit kepala bayi.Biarkan seketika dan tanggalkan kepingan tersebut. Kemudian cuci rambut bayi dengan syampu bayi.



Semoga bermanfaat


--------------------Share with love ----------------





        Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

  Email: fara9310@yahoo.com

OR

   Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam

No comments :

Post a Comment