Monday 15 June 2015

KHASIAT BUAH KIWI UNTUK IBU HAMIL



Vitamin C, asid folik dan kalsium adalah 3 nutrient penting untuk tumbesaran bayi semasa tempoh kehamilan. Cara paling mudah untuk mendapatkan nutrien yang cukup daripada pemakanan adalah mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Buah kiwi adalah sumber nutrien yang baik malah merupakan cara paling sihat untuk meningkatkan jumlah kalori harian.Rasa masam manis boleh mengurangkan rasa mual malah turut mengandungi nutrien lengkap bagi bakal ibu.
Antara khasiat yang terkandung dalam buah berwarna hijau atau kuning keemasan yang bersaiz kecil ini adalah seperti berikut: 
# Mengekalkan Imuniti Badan.
Buah kiwi adalah sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia membantu pergerakan plasma dan menyimpan vitamin C di dalam sel badan. Vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Ia juga meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria.

# Tinggi asid folik
Kiwi mengandungi asid folik yang tinggi. Asid folik memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.

#Membantu mengurangkan sembelit
Sembelit akibat perubahan hormon kerap berlaku dalam kalangan ibu hamil. Serat yang tinggi di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin. Selain mengurangkan masalah sembelit, serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon dan membantu mengelakkan kanser usus.
# Membantu mendapatkan tidur yang nyenyak
Kebanyakan wanita hamil tidur lebih banyak berbanding biasa semasa trimester pertama. Namun, masalah tidur akan bermula selepas trimester pertama dan biasanya berpanjangan sehingga lepas bersalin. Memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.
# Merendahkan tekanan darah
Peningkatan kecil dalam tekanan darah ketika hamil adalah petanda kehamilan biasa, termasuklah rasa mual dan sembelit. Tetapi sekiranya tekanan darah naik mendadak, ia membahayakan ibu dan bayi. Buah kiwi mengandungi potassium tinggi yang berfungsi melawan efek garam bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.

so, preggy mommies kat luar sana, boleh mendapatkan 'pure' sumber nutrient daripada buah kiwi.

Semoga bermanfaat :) 



--------------------Share with love ----------------





        Fara Naesam | ID: 931572| Call/SMS/Whatsapp/0198209310

  Email: fara9310@yahoo.com

OR

   Add sy sebagai Friend di FB: Fara Naesam


No comments :

Post a Comment